PETUA & TIPS SIHAT SISTEM METABOLISMA

10 PETUA KENCING MANIS YANG SELAMAT DICUBA

Assalamualaikum,

Kalau semalam bunda kongsikan tentang simptom kencing manis, harini bunda ingin kongsikan 10 petua kencing manis yang selamat dicuba oleh kita semua . Walaupun kita bukanlah penghidap kencing manis tetapi pencegahan dari awal amatlah wajib . Apatah lagi bagi penghidap penyakit ini . Seharusnya mereka tidak bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata . Mungkin ikhtiar melalui cara tradisional tidak kurang hebatnya .

Sebelum datangnya era sains dengan ubatan yang moden dan teknologi yang maju, orang dahulu menghadapi masalah kesihatan dan mengubatinya dengan ramuan herba tradisional . Kita tidak boleh menolak keupayaan dan kepentingan herba dalam merawat penyakit .

Ramuan herba dan rempah mempunyai sifat yang mampu untuk menurunkan kadar gula dalam darah yang menjadikannya sangat bermanfaat bagi mereka yang berisiko tinggi atau penghidap kencing manis jenis II . Banyak kajian telah dijalankan bertahun-tahun yang membuktikan potensi herba yang mampu mengawal glukosa darah bertambah baik . Semakin ramai orang yang sedar bahawa rawatan semulajadi masih relevan dalam mengawal  dan memulihkan tahap kesihatan mereka .

Biasanya, terapi tradisional ini banyak digunakan dalam ubatan ayurveda dan oriental bagi merawat keadaan yang serius seperti kencing manis . Bagaimanapun, ramai pakar kesihatan barat masih cuak mengenai keberkesanan herba dalam merawat penyakit serius .

Jenis Herba Membantu Merawat Kencing Manis

Antara jenis-jenis herba yang mempunyai agen anti-diabetik ialah :

  • Aloe Vera
  • Bendi
  • Buah Ara / Buah Tin
  • Buah Bidara
  • Bawang Putih
  • Ekstrak Bilberi
  • Kulit Kayu Manis
  • Halba
  • Halia
  • Peria Katak

Aloe Vera

Aloe Vera Untuk Kencing Manis

Aloe vera digunakan meluas dalam pembuatan shampoo, penjagaan kecantikan, ubat gigi dan sebagainya . Ianya terkenal dalam merawat kulit akibat pancaran matahari, melembapkan wajah dan menyembuhkan luka . Penyelidikan awal membuktikan bahawa pengambilan jus lidah buaya dapat membantu meningkatkan tahap glukosa darah dan bermanfaat dalam merawat pesakit kencing manis .

Ianya membantu mengurangkan lipid darah (lemak) pada pesakit yang mempunyai tahap molekul dalam darah yang tidak normal . Misalnya pada sesetengah orang yang menghidap kencing manis jenis II atau acute hepatits (penyakit hati) .

Selain itu, ianya juga mengurangkan bengkak dan menyembuhkan luka dengan lebih cepat . Luka dan ulser kaki antara komplikasi yang kerap berlaku kepada penghidap kencing manis dan mereka yang mengalami luka yang biasanya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh . Kesan positif ini disebabkan dengan adanya sebatian seperti lectins, mannans and anthraquinones didalam aloe vera .

Bendi

Bendi dikenali sebagai ‘superfood’ bagi penghidap kencing manis yang berisiko . Bendi atau namanya Abelmoschus Esculentus dan Hibiscus Esculentus diketahui mempunyai kesan positif terhadap kawalan gula darah dan banyak manfaat kesihatan lain . Ianya adalah sayuran yang tumbuh tinggi yang berasal dari Ethiopia Purba (Abyssinia) hingga ke Mediterranean Timur, India, Amerika dan Caribbean .

Bahagian buah bendi yang matang digunakan secara meluas dalam sayur-sayuran di negara-negara tropika dan biasanya digunakan untuk membuat kari, asam pedas, sayur goreng dan juga ulaman .

Bendi terbukti mempunyai ciri-ciri anti-diabetik . Dalam satu kajian yang diterbitkan pada 2011 dalam Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences, para penyelidik di India mendapati bahawa tikus yang menghidap kencing manis yang diberi makan bendi mengalami pengurangan kadar glukosa darah .

Ramai orang yang menghidap diabetes mengalami penurunan kadar glukosa darah selepas merendam potongan bendi dalam air semalaman dan minum jusnya keesokannya pada waktu pagi . Manakala di Turki, mereka memanggang biji bendi yang digunakan sebagai ubatan trandisional .

Buah Ara / Buah Tin

Buah ara atau lebih dikenali dengan nama buah tin, sejenis buah yang terkenal dengan beribu khasiat kesihatan . Dari luaran, buah ini seakan buah manggis dengan warna ungu pada kulit buah dan warna merah pada bahagian dalam isinya . Buah ara terdapat dalam dua jenis iaitu basah dan juga kering . Buah ara yang kering mengandungi lebih banyak kalori berbanding buah ara yang basah .

Khasiat buah ara bagi penyakit kencing manis juga sudah terbukti . Dengan kandungan gula yang semulajadi dan karbohidratnya mampu mengubati penyakit kencing manis anda . Buah ini juga selamat dimakan untuk pensakit kencing manis .

Buah Bidara

Buah bidara merupakan tumbuhan yang hidup dengan suhu yang ekstrem dan mampu hidup dalam lingkungan suhu kering . Tanaman bidara hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja . Daun bidara juga dipercayai dapat mengubati penyakit kencing manis walaupun belum dibuktikan ianya dapat menyembuhkan penyakit kencing manis secara keseluruhannya . Daun bidara mampu menstabilkan kadar gula darah . Bagi mereka yang bukan penghidap kencing manis, daub bidara dapat mencegah terjadinya kencing manis .

Ianya memiliki fungsi membantu dalam penyembuhan luka . Daun bidara dapat mempercepat pengeringan luka akibat jangkitan yis . Hanya tumbuk lumat daun bidara dan letakkan di atas luka tersebut . Tunggu sehingga kering dan basuh .

Bawang Putih

Bawang Putih atau dengan nama lain Allium Sativum dianggap mempunyai sifat antioksidan dan kesan peredaran yang mikro . Walaupun beberapa kajian secara langsung mengaitkan allium dengan kadar glukosa insulin dan darah yang hasilnya positif .

Allium boleh menyebabkan pengurangan glukosa darah, meningkatkan rembesan dan memperlahankan kemerosotan insulin .

Ekstrak Bilberi

Bilberi atau nama saintifiknya Vaccinium Myrtillus ialah buah yang berwarna biru gelap, sama seperti buah blueberi tetapi lebih kecil, lebih lembut dan lebih gelap . Ianya membantu menghalang kerosakan sel, mengurangkan kadar glukosa darah dan meningkatkan peredaran darah .

Retinopathy dan maculopathy adalah keadaan dimana retina dimata cenderung berkembang bagi penghidap kencing manis . Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa sebatian dalam bilberi iaitu anthocyanosides, dapat menguatkan saluran darah agar dapat melindungi daripada kerosakan retina bagi penghidap kencing manis .

Kulit Kayu Manis

Kayu manis adalah rempah yang sangat dikenali oleh masyarakat kita . Penggunaan kayu manis bermula beribu tahun dahulu . Ianya sangat berharga di kalangan tamadun purba dahulu . Masyarakat arab, melayu dan india banyak menggunakan ramuan kayu manis dalam masakan mereka dan merawat masalah kulit .

Penyelidikan yang dijalankan mencadangkan penggunaan kayu manis yang dapat membantu meningkatkan tahap glukosa darah dan meningkatkan senstiviti insulin .

Hasil daripada kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care pada tahun 2003 menunjukkan bahawa Cassia Cinnamon iaitu kulit kayu manis meningkatkan kadar glukosa dan kolesterol darah pada penghidap kencing manis jenis II dan boleh mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit kencing manis dan kardiovaskular . Pengambilan harian sebanyak 1, 3, atau 6 gram menunjukkan pengurangan serum glukosa, trigliserida, LDL atau kolesterol jahat dan jumlah kolesterol selepas 40 hari di kalangan 60 pesakit diabetes pertengahan umur .

Satu lagi kajian yang dilaporkan dalam Agricultural Research Magazine edisi Julai 2000 mendapati bahawa apabila makan 1 gram kayu manis sehari boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu menguruskan atau mengatasi kencing manis jenis II .

Di samping itu, analisis yang lebih terkini yang diterbitkan pada tahun 2007 dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa 6 gram kayu manis mampu melambatkan pengosongan perut dan dengan ketara dapat mengurangkan hyperglycemia selepas makan (glukosa darah postprandial) tanpa menjejaskan keseimbangan .

Hasil daripada bukti saintifik yang ada, ramai pakar kesihatan mendakwa bahawa kayu manis mengandungi sifat-sifat yang bermanfaat untuk pengawalan gula darah dan rawatan kencing manis jenis II . Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa banyak sebatian semulajadi kayu manis masih belum diluluskan dalam perubatan untuk pencegahan atau rawatan sebarang penyakit . Ianya hanyalah penggunaan tradisional sahaja .

Halba

Halba atau lebih dikenali sebagai fenugreek adalah tumbuhan aromatik yang mempunyai banyak kegunaan sama ada masakan mahupun perubatan . Selain menjadi bahan masakan yang popular, halba mempunyai beberapa manfaat kesihatan dan digunakan dalam rawatan Ayurvedic dan tradisional Cina .

Biji halba (trigonella foenum graecum) yang tinggi dengan serat larut membantu menurunkan gula darah dengan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat . Ini menunjukkan ianya mungkin berkesan dalam merawat penyakit kencing manis .

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengkaji potensi halba sebagai anti-diabetik . Beberapa ujian klinikal dijalankan dan menunjukkan bahawa benih halba dapat memperbaiki kebanyakan gejala metabolik yang dikaitkan dengan kedua-dua jenis kencing manis, jenis I dan II dengan menurunkan kadar glukosa darah dan meningkatkan toleransi glukosa .

Dalam satu kajian, para penyelidik di India mendapati bahawa penambahan 100 gram biji benih halba untuk diet harian pesakit kencing manis jenis I yang bergantung kepada insulin, dengan ketara mengurangkan tahap glukosa darah, toleransi glukosa yang lebih baik dan juga menurunkan jumlah kolesterol, LDL atau kolesterol jahat dan trigliserida .

Dalam satu lagi percubaan terkawal, penambahan 15 gram biji benih halba ke dalam makanan yang dimakan oleh pesakit kencing manis jenis II dapat mengurangkan kenaikan glukosa darah selepas makan, sementara kajian yang berasingan mendapati bahawa pengambilan 2.5 gram halba dua kali sehari selama tiga bulan akan menurunkan tahap gula darah pesakit kencing manis jenis II yang ringan tetapi tidak teruk .

Halia

Halia adalah sejenis tumbuhan batang bawah tanah yang tebal . Tumbuhan yang bernama Zingiber Officinale yang telah digunakan selama berabad-abad dalam masakan dan perubatan Asia .

Berasal dari Afrika, India, China, Australia dan Jamaica, ia lazim digunakan sebagai rempah atau perasa dalam masakan, sebagai alternatif ‘herba’ untuk pelbagai penyakit seperti mual dan pencernaan, dan untuk wangian dalam sabun dan juga kosmetik . Halia boleh digunakan segar, kering dan serbuk atau sebagai jus atau minyak . Ia mempunyai aroma tajam dan aroma rasa pedas yang kuat untuk makanan dan minuman .

Satu kajian yang diterbitkan dalam edisi Ogos 2012 mengenai jurnal produk semulajadi Planta Medica mencadangkan bahawa halia boleh meningkatkan kawalan gula darah dalam jangka masa panjang untuk penghidap kencing manis II .

Penyelidik dari University of Sydney, Australia, mendapati bahawa ekstrak dari Buderim Ginger iaitu daun halia Australia yang kaya dengan gingeroliaitu komponen aktif utama halia, boleh meningkatkan penyerapan glukosa ke dalam sel-sel otot tanpa menggunakan insulin . Oleh itu, ianya boleh membantu dalam pengurusan paras gula darah yang tinggi . Rawatan dengan ekstrak halia menyebabkan penurunan kadar glukosa darah sebanyak 35 peratus dan peningkatan 10 peratus dalam tahap insulin plasma .

Satu kajian yang diterbitkan dalam edisi Molecular Vision edisi 2010 mendedahkan bahawa pengambilan dos halia secara harian dapat membantu menangguhkan permulaan dan perkembangan katarak iaitu salah satu komplikasi yang berkaitan dengan risiko kencing manis jangka panjang dari segi penglihatan .

Halia juga mempunyai indeks glisemik yang sangat rendah (GI) . Makanan yang mempunyai GI rendah akan pecah perlahan-lahan untuk membentuk glukosa dan tidak mencetuskan peningkatan kadar gula dalam darah yang disebabkan makanan GI yang tinggi .

Peria Katak

Peria katak tidak digemari oleh kebanyakan orang kerana rasanya yang sangat pahit . Tetapi ianya adalah sayuran yang unik yang banyak digunakan oleh masyarakat india dan cina dalam rawatan penuaan dan memperbanyakkan susu bagi ibu yang menyusukan anak . Ianya juga digunakan sebagai ubatan tradisional .

Peria katak atau dikenali juga sebagai kerala oleh masyarakat india ini kaya dengan vitamin dan mineral penting . Ianya digunakan dalam merawat pesakit kencing manis jenis II . Peria katak ini mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat anti-diabetek, termasuk charantin yang telah disahkan mempunyai kesan penurunan glukosa darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai polipeptida .Bahan-bahan ini sama ada bekerja secara individu atau bersama-sama dalam membantu mengurangkan kadar gula darah .

Selain itu, peria katak juga mengandungi lectin yang mengurangkan kepekatan glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekankan selera makan, ianya sama dengan kesan insulin di otak . Lectin ini dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hypoglycemic yang berkembang selepas makan peria katak yang pahit .

Banyak lagi herba dan ubatan tradisional yang boleh dijadikan sebagai alternatif bagi rawatan kencing manis . Bunda harap anda boleh mencuba salah satu dari 10 petua kencing manis yang selamat dicuba di rumah . Bagaimanapun, haruslah diingat, mintalah konsultasi pakar kesihatan anda dahulu sebelum mencuba . Akan datang bunda akan kongsikan banyak lagi info tentang penyakit kencing manis untuk panduan kita bersama .

 

 


Untuk mendapatkan manfaat penuh dari Produk Shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari kami kerana dengan pengetahuan produk yang diperolehi dan pengalaman selama 20 tahun dengan bimbingan oleh doktor berpengalaman dan pakar nutrisi menjadikan kami berbeza berbanding Pengedar Shaklee lain .

Anda boleh mendapatkannya dengan lebih berbaloi dan diiringi consultation exclusive dari pakar nutrisi Shaklee dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee . Daftar Ahli Shaklee untuk mendaftar dan membeli Produk Shaklee pada harga ahli yang sangat menjimatkan .

Dapatkan dari Pengedar Shaklee #SuperStarzFamily bagi memastikan anda mendapatkan Produk Shaklee anda dari Pengedar Shaklee yang benar-benar terlatih secara professional .

1 thought on “10 PETUA KENCING MANIS YANG SELAMAT DICUBA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *