TUTORIAL

5 KHASIAT PERIA KATAK UNTUK KENCING MANIS

Assalamualaikum,

Peria katak antara sayuran yang terkenal dalam membantu merawat penyakit diabetes . Ianya dapat menurunkan kadar glukosa darah bagi pesakit yang meghidap penyakit kencing manis . Ianya juga digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat kencing manis .

Kini, ianya telah dipasarkan secara komersial dalam bentuk uncang, jus, ekstrak dan pil . Walaupun ramai juga di antara kita tidak dapat menerima dan menjadikannya sebagai minuman rutin harian kita kerana rasanya yang amat pahit . Tetapi, jusnya sangat membantu penghidap kencing manis . Di sini bunda ingin kongsikan 5 khasiat peria katak untuk kencing manis .

1. Menurunkan Tahap Glukosa Darah

Peria katak diakui ianya sangat berkesan dalam menurunkan kadar glukosa darah . Peria katak mengandungi dua sebatian penting iaitu Charatin dan Momordicin yang berperanan penting dalam menurunkan tahap gula darah kerana ianya memudahkan metabolisma glukosa di dalam darah .

2. Memudahkan Pencernaan Karbohidrat

Peria katak akan menghalang enzim-enzim yang terlibat dalam pemecahan disakarida kepada dua monosakarida, dengan itu ianya akan mengurangkan jumlah glukosa yang dikeluarkan ke dalam darah . Sayuran ini sangat berkesan dalam kedua jenis rawatan kencing manis kenis I dan II kerana ianya mempengaruhi saluran pengangkutan untuk glukosa . Ianya amat bermanfaat dalam mencegah lonjakan gula dalam darah selepas makan .

3. Meningkatkan Rembesan Insulin

Insulin terlibat dalam mengangkut gula dari darah ke rangka otot dan tisu lemak . Gula ini kemudian digunakan untuk pengeluaran tenaga . Insulin menghalang pengeluaran gula oleh hati dan pembebasannya ke dalam darah . Kencing manis Jenis I yang juga dikenali sebagai kencing manis yang berasaskan insulin . Disebabkan kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin yang cukup untuk pencegahan lonjakan pada tahap gula dalam darah .

Dengan meningkatkan rembesan insulin pankreas, peria katak boleh membantu mengubati kencing manis Jenis I . Selain itu, saintis telah menemui mplekul seperti insulin yang dipanggil polipeptida P di dalam peria katak yang dapat menurunkan paras gula dalam darah penghidap kencing manis Jenis I . Oleh itu, penggunaan peria katak boleh mengurangkan keperluan suntikan insulin untuk menguruskan kencing manis Jenis I .

4. Menterbalikkan Rintangan Insulin

Antara khasiat peria katak untuk kencing manis juga dalam merawat kencing manis jenis II yang disebabkan oleh kegagalan rangka otot, tisu lemak, dan hati untuk bertindak balas dengan secukupnya terhadap insulin . Ianya dikenali sebagai rintangan insulin yang meningkatkan risiko penularan kencing manis Jenis II .

Penyelidikan menunjukan bahawa peria katak mengandungi sebatian yang dipanggil asid oleanolik glycosides yang boleh meningkatkan toleransi glukosa terhadap pesakit kencing mnais Jenis II dengan mencegah atau menterbalikkan ketahanan insulin .

5. Sumber Antioksidan

Kepekatan gula yang tinggi dalam darah meningkatkan risiko kedua-dua kencing manis Jenis I dan II yang seterusnya akan meningkatkan risiko pengoksidaan dan keradangan di seluruh badan yang boleh menyebabkan kebutaan, strok, serangan jantung atau penyakit buah pinggang . Peria katak bukan sahaja boleh menghalang risiko penyakit kencing manis dengan menurunkan paras gula darah tetapi ianya juga adalah agen antioksidan yang terbaik .

 

 


Untuk mendapatkan manfaat penuh dari Produk Shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari kami kerana dengan pengetahuan produk yang diperolehi dan pengalaman selama 20 tahun dengan bimbingan oleh doktor berpengalaman dan pakar nutrisi menjadikan kami berbeza berbanding Pengedar Shaklee lain .

Anda boleh mendapatkannya dengan lebih berbaloi dan diiringi consultation exclusive dari pakar nutrisi Shaklee dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee . Daftar Ahli Shaklee untuk mendaftar dan membeli Produk Shaklee pada harga ahli yang sangat menjimatkan .

Dapatkan dari Pengedar Shaklee #SuperStarzFamily bagi memastikan anda mendapatkan Produk Shaklee anda dari Pengedar Shaklee yang benar-benar terlatih secara professional .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *