PETUA & TIPS CANTIK

5 PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

Assalamualaikum pretty semua . Mesti kebanyakan yang baca post ni pernah mengalami masalah nak hilangkan jerawat dengan cepat . Bunda nak share petua menghilangkan jerawat dengan cepat . Petua ni mudah sangat tapi ramai yang tak cukup rajin nak buat . Jerawat takkan hilang terus tetapi kita boleh kurangkan saiz jerawat dan kurangkan bengkak tersebut . Jerawat boleh menyebabkan mood kita berubah . Mana taknya, nak mekap pun tak senang . Kulit akan jadi lebih sensitif . Jadi bunda kongsikan petua yang biasa bunda lakukan di rumah dan ianya sangat mudah dilakukan .

Kulit Kayu Manis

  1.     Gosok kulit kayu manis dengan sedikit air pada penumbuk lesung batu .
  2.     Sebaiknya pilih kulit kayu manis yang agak matang dan besar . Gosok pekat-pekat .
  3.     Basuh muka bersih dan lapkan
  4.     Letak kulit kayu manis yang digosok tadi pada tempat yang berjerawat
  5.     Lakukan pada waktu malam sebelum tidur
  6.     Cuci keesokan harinya

Daun Tea 

  1.     Guna hampas daun teh yang basah pada bahagian jerawat
  2.     Boleh juga dijadikan masker
  3.     Cuci bersih

Ibu Kunyit Hidup

  1.     Gosok kulit ibu kunyit hidup dengan sedikit air pada penumbuk lesung batu .
  2.     Sebaiknya pilih ibu kunyit hidup yang besar . Gosok pekat-pekat .
  3.     Basuh muka bersih dan lapkan
  4.     Letak ibu kunyit hidup yang digosok tadi pada tempat yang berjerawat
  5.     Lakukan pada waktu malam sebelum tidur
  6.     Cuci keesokan harinya

Daun Pudina

  1.      Tumbuk halus daun pudina bersama perahan lemon
  2.      Letak di tempat jerawat atau dijadikan masker
  3.      Cuci bersih

Minyak Argan

  1.      Campurkan minyak argan bersama dengan lemon
  2.      Letak ditempat jerawat atau di seluruh muka
  3.      Lakukan sebelum tidur
  4.      Kulit akan lebih lembut dan jerawat akan kecut

Ni antara 5 petua menghilangkan jerawat dengan cepat yang bunda pernah amalkan dan sangat berkesan untuk kulit wajah bunda . Bunda harap anda tidak putus asa untuk mencuba semua cara menghilangkan jerawat secara alami . Terima kasih kerana sudi singgah di sini . Next time, bunda akan kongsikan petua-petua yang berkesan untuk anda semua .

 

 


Untuk mendapatkan manfaat penuh dari Produk Shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari kami kerana dengan pengetahuan produk yang diperolehi dan pengalaman selama 20 tahun dengan bimbingan oleh doktor berpengalaman dan pakar nutrisi menjadikan kami berbeza berbanding Pengedar Shaklee lain .

Anda boleh mendapatkannya dengan lebih berbaloi dan diiringi consultation exclusive dari pakar nutrisi Shaklee dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee . Daftar Ahli Shaklee untuk mendaftar dan membeli Produk Shaklee pada harga ahli yang sangat menjimatkan .

Dapatkan dari Pengedar Shaklee #SuperStarzFamily bagi memastikan anda mendapatkan Produk Shaklee anda dari Pengedar Shaklee yang benar-benar terlatih secara professional .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *