SISTEM METABOLISMA TUTORIAL

7 SIMPTOM KENCING MANIS YANG ANDA PERLU TAHU

 

Assalamualaikum,

Kebanyakan orang mengalami simptom kencing manis tetapi tidak mengambil serius atau tidak menyedari yang mereka sebenarnya menghidapi penyakit kencing manis . Kencing manis terdiri kepada dua jenis iaitu jenis I dan jenis II .

Biasanya, bagi penghidap kencing manis jenis I, gejala biasanya berlaku dengan cepat dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu dan keadaan boleh menjadi lebih teruk . Berbeza dengan penghidap kencing manis jenis II, tanda-tanda amaran boleh jadi sangat ringan sehingga anda tidak menyedarinya . Sesetengah orang tidak mengetahui mereka menghidapinya sehinggalah mereka mendapat masalah daripada kesan jangka panjang yang disebabkan oleh penyakit itu .

Simptom Biasa

Sentiasa Berasa Letih Dan Lapar

Badan anda akan menukarkan makanan yang anda makan menjadi glukosa yang digunakan oleh sel untuk tenaga tetapi sel anda memerlukan insulin untuk membawa glukosa masuk .

Jika badan anda tidak mempunyai insulin yang cukup atau jika sel-sel tubuh anda melawan insulin yang diproses oleh tubuh, maka glukosa tidak dapat masuk ke dalamnya dan anda tidak mempunyai tenaga . Ini akan membuatkan anda lebih lapar dan letih daripada biasa .

Kerap Kencing Dan Kehausan

Orang biasa biasanya akan kencing antara empat hingga tujuh kali dalam 24 jam, tetapi orang yang menghidap kencing manis boleh mengalami kencing lebih banyak .

Ini kerana badan anda cuba untuk mengurangkan tahap glukosa darah dengan pengaliran glukosa yang berlebihan daripada dalam badan sebagai air kencing . Apabila buah pinggang kehilangan gula melalui air kencing, maka sejumlah besar air juga hilang lalu menyebabkan kehausan .

Anda akan berasa kerap untuk kencing . Semakin anda kerap kencing, semakin anda kehausan . Bahkan, semakin anda kerap minum, semakin kerap anda kencing .

Mulut Kering Kulit Gatal

Tubuh anda menggunakan cecair untuk membuat air kencing sehingga ianya kehilangan sebahagian kelembapan untuk perkara lain. Ini boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi dan mulut anda akan kering . Malahan, kulit yang kering boleh menyebabkan rasa gatal .

Penglihatan Kabur

Ini kerana ianya menukarkan paras cecair di dalam badan anda yang boleh membuat lensa mata anda membengkak . Ianya akan berubah bentuk dan kehilangan keupayaan untuk fokus .

Simptom Kencing Manis Jenis I

Kehilangan Berat Badan Dengan Mendadak

Jika badan anda tidak dapat mendapatkan tenaga dari makanan anda, ia akan mula membakar otot dan lemak untuk mendapatkan tenaga . Anda mungkin mendapati penurunan berat badan walaupun anda tidak mengubah cara diet harian .

Berasa Pening Dan Muntah

Apabila badan anda membakar lemak, ia menjadikan “ketone” . Ianya boleh membina darah anda ke tahap berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa . Ianya dikenali sebagai diabetic ketoacidosis . Ketone boleh membuat anda berasa sakit pada bahagian perut .

Simptom Kencing Manis Jenis II

Jangkitan Yis

Lelaki mahupun wanita yang menghidap kencing manis akan menerima jangkitan yis . Yis memakan glukosa, jadi ianya akan membuatkannya berkembang. Jangkitan boleh tumbuh di mana-mana bahagian kulit yang lembap,suam lembab, termasuklah :

  • Antara jari dan jari kaki
  • Di bawah payudara
  • Di dalam atau di sekitar kemaluan
  • Bahagian luka atau bahagian ang dipotong . Lama kelamaan, gula darah yang tinggi dapat mempengaruhi aliran darah anda dan menyebabkan kerosakan saraf yang membuatkannya sukar untuk menyembuhkan luka anda .
  • Sakit atau kebas pada kaki atau tapak kaki anda. Ini adalah salah satu anda kerosakan saraf

Dapatkan Rawatan

Pemeriksaan Awal Lebih Baik Dalam Menangani Risiko Kencing Manis
Pemeriksaan Awal Lebih Baik Dalam Menangani Risiko Kencing Manis

Jika anda berusia lebih dari 45 tahun atau mempunyai simptom kencing manis yang lain, segeralah berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian . Apabila anda dapat mengesannya daripada awal, anda boleh mengelakkan daripada kerosakan saraf, masalah jantung, dan komplikasi lain .

Hubungilah doktor anda sekiranya anda mengalami rasa seperti :

  • Sakit perut yang teruk
  • Letih
  • Sangat dahaga
  • Kerap kencing
  • Bernafas lebih cepat dari biasa
  • Mempunyai nafas berbau

 

 


Untuk mendapatkan manfaat penuh dari Produk Shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari kami kerana dengan pengetahuan produk yang diperolehi dan pengalaman selama 20 tahun dengan bimbingan oleh doktor berpengalaman dan pakar nutrisi menjadikan kami berbeza berbanding Pengedar Shaklee lain .

Anda boleh mendapatkannya dengan lebih berbaloi dan diiringi consultation exclusive dari pakar nutrisi Shaklee dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee . Daftar Ahli Shaklee untuk mendaftar dan membeli Produk Shaklee pada harga ahli yang sangat menjimatkan .

Dapatkan dari Pengedar Shaklee #SuperStarzFamily bagi memastikan anda mendapatkan Produk Shaklee anda dari Pengedar Shaklee yang benar-benar terlatih secara professional .

3 thoughts on “7 SIMPTOM KENCING MANIS YANG ANDA PERLU TAHU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *