ABOUT ME

Assalamualaikum semua…

Bunda tak ada apa sangat nak cerita . Tapi, atleast uols tahu owner blog ni siapa kan . Nama bunda Nurul Nadiatul Ainaa binti Hj. Che Zakaria . Bunda berasal dari Kuala Terengganu . Bunda menetap di Selangor ni dah hampir 8 tahun . Bunda sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, Muhammad Andhiqa Khalish 3 tahun dan Putri Amaya Khaseh 3 bulan .

Sejak bila kenal Shaklee ?

Bunda start kenal Produk Shaklee ni daripada google . Ketika tu, bunda tengah pregnant dan cari produk yang sesuai ketika hamil dan juga set untuk bersalin . Google punya google banyak review positif tentang Produk Shaklee . So, bunda pun contact pengedar berdekatan untuk dapatkan Produk Shaklee ni ?

Produk apa yang bunda cuba ?

Ok . Bunda mula cuba Set Hamil Eksklusif . Dalam set tu ada ESP + B-Complex + Vita-Lea + Omegaguard + Vita-C + Vita-E + Ostematrix . Semua bunda okeyh makan kecuali masa tu bunda first time consume ESP . Bunda pulak tak suka sangat rasa air soya yang takde gula atau susu . Pastu lama kelamaan, bunda try banyak resepi campur dengan ESP Shake memang sedap weiyhhhhhh . Lepas konsisten consume set hamil, bunda jatuh hati dah dengan Shaklee hehe . Sebab memang berbeza sangat badan masa tu . Yang paling ketara kulit licin sangat .
Dan yang paling best bila bunda dapat jadikan vitamin dia masker muka . Hehe masa tu masker takde so bunda try laa guna vitamin dari Shaklee . Ni bukan propa tapi memang nampak beza dia .

Macam mana boleh mula berniaga dengan Shaklee ?

Bunda dah banyak buat bisnes tapi semuanya tak sesuai dengan bunda . Mungkin bukan dalam bidang bunda . Jadi setelah lama consume Produk Shaklee sendiri tanpa jana income, Bunda terpanggil nak kongsi dengan semua orang tentang kebaikan produk ni sebab terlalu ramai orang sekarang fokus untuk cantik luaran sahaja . Jadi, bunda search di google team yang patut bunda join . Sebab bunda tak nak silap join team . Kita dah laa tak pandai . Zero . Langsung tak tahu pape tentang bisnes dan bunda memang sejenis yang kena orang guide .

Beruntung join Team Superstarzfamily

Pentingnya mentor dalam membina diri untuk jadi orang yang hebat . Bunda review tentang team Superstarfamily dan banyak positif yang bunda dapat . So, bunda pun join team diorang dengan niat bunda nak belajar untuk build up diri bunda supaya dapat ubah kehidupan sekarang menjadi lebih baik . Yang paling best tentang group ni, diorang punya networking sangat strong . Task, workshop memang banyak sangat sehingga tak sempat nak study . Memang banyak . Diorang juga sediakan keperluan asas untuk kita mulakan bisnes . Itu sebab untuk newbie yang tak tahu nak belajar berniaga, bunda cadang uols join team ni .

Master Salwa

Master Salwa adalah Founder Team Superstarzfamily ni . Dia sangat energetic sehingga uols yang duduk sebelah dia akan rasa aura positif dia . Bila tengok dia, kita lupa yang kita ni tak tahu apa-apa . Bila bersama team dia, kita rasa yang kita ni rupanya boleh jadi hebat seperti mereka . Patutlah orang cakap, nak hebat berkawan dengan mereka yang hebat . Nak berjaya, berkawan dengan mereka yang kaya raya . Gitewww 😅 .

Untuk bisnes ni ibarat kita berjuang . Kita kena prepare senjata, perkakas dan mental kita . Yang paling penting NIAT dan BIG WHY kita biar positif dan berbalik pada Pencipta kita . Setiap orang liku perjalanan dia berbeza-beza . Ada yang jenis cepat aje dapat sale . Ada yang jenis sukarnya dapat sale . Tapi yang pasti dan wajib sama saban hari ialah KONSISTEN dan USAHA itu sahaja hari-hari jangan berhenti . Jangan give up sebab nak berjaya bukan mudah . Kekal positif setiap hari . Kekal lihat BIG WHY . Kekal tahu apa yang kita NAK . Jangan mengalah . Jangan pandang belakang . Jangan cepat mendongak kalau kita tak mampu menunduk . Ini peringatan untuk diri sendiri jugak .
Kekal sabar dan positif padaNya . Yang pasti rezeki kita itu ada . Sentiasa ada . Kita aja yang tak sedar dan tak nampak .

Dah, nanti jemu pulak uols baca tazkirah bunda ni hehe . Diharap uols sudi Follow dan Like FB bunda . JIka ada salah, tegurlah dengan sopan yea hehe

Untuk sesiapa yang mencari Produk Shaklee, dialukan tanpa segan untuk Whatsapp atau Telegram bunda ya . 013-338 6684