PETUA & TIPS SIHAT RESEPI

RESEPI PERIA KATAK UNTUK KENCING MANIS

Assalamualaikum,

Entry hari ini bunda ingin kongsikan sedikit resepi peria katak untuk kencing manis . Penyakit kencing manis salah satu penyakit yang lazim terjadi kepada masyarakat Malaysia pada hari ini . Penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus merupakan sejenis penyakit yang tinggi kandungan glukosa dalam darah . Penyakit ini mudah dihidapi oleh seseorang terutamanya daripada faktor genetik . Tetapi, pada saat ini, ianya terjadi akibat gaya hidup yang tidak aktif dan pemilihan skop makanan yang tidak sihat . Bagaimanapun, penyakit ini boleh mengancam nyawa jika tidak dikawal dari awal .

Penghidap kencing manis perlu berhati-hati dalam pengambilan gula dalam diet seharian . Mereka perlu lebih fokus tentang kadar bacaan gula dalam darah . Mereka juga perlu mengambil ubat pada masanya, rajin melakukan senaman dan pemilihan makanan yang betul adalah sebahagian daripada kehidupan penghidap kencing manis . Mereka juga perlu sentiasa membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan kerana penyakit kencing manis boleh membawa kepada masalah lain .

Penyakit ini juga boleh menjejaskan sesiapapun termasuk bayi yang menghidapinya . Pesakit kencing manis perlu mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman . Pemilihan makanan yang membantu mengurangkan kadar gula dalam darah juga sangat penting .

Peria Katak Merawat Kencing Manis

Peria Katak atau Bitter Gourd adalah sejenis sayuran yang paling dibenci oleh kebanyakan orang kerana rasanya yang sangat pahit . Disebalik rasanya yang sangat pahit, ianya tersembunyi beribu khasiat untuk kesihatan dan kecantikan kita . Rasanya yang sangat pahit mampu menurunkan kadar gula dalam darah .

Peria Katak bukan sahaja sesuai dijadikan masakan, malahan ianya juga sangat sesuai dijadikan jus . Masyarakat India dan Cina mengamalkan Jus Peria Katak sebagai rutin harian untuk kesihatan dan kecantikan mereka . Walaupun rasanya yang sangat pahit, tetapi ianya mempunyai khasiat yang sangat banyak dan sangat berkesan untuk diamalkan .Ianya sangat berkesan untuk penyakit kencing manis dan anemia. Ia dapat membersihkan darah dan ianya mempunyai bahan hipoglikemik yang membantu menurunkan kadar gula darah dan kadar gula dalam air kencing .

Untuk mendapatkan nutrisi dan khasiat keseluruhan peria katak, kita boleh mengambilnya secara mentah, tanpa dimasak ataupun boleh juga dibuat jus . Dibawah bunda kongsikan Resepi Peria Katak untuk dibuat jus .

RESEPI PERIA KATAK UNTUK KENCING MANIS

JUS PERIA KATAK
Jus Peria Katak

Walaupun ramai yang sedar akan kebaikan peria katak dalam kesihatan tetapi masih ramai yang tidak dapat menerima rasanya yang sangat pahit . Di bawah bunda kongsikan tips dan cara yang mudah untuk membuat jus peria katak di rumah

Bahan-bahan :

1 batang peria katak yang bersaiz kecil

1 biji lemon

 

Cara-cara :

Cuci bersih peria katak dan lemon . Kemudian, buang bijinya . Rendam peria katak yang dipotong kasar ke dalam Basic H untuk mengurangkan rasa pahit dan menyegarkan .

Kisar peria katak bersama air suam sehingga halus . Anda juga boleh menggunakan slow juicer untuk rasa yang lebih sedap . Selepas itu, perah lemon dan bolehlah diminum pada waktu pagi ketika perut masih kosong .

Jus peria katak sangat bagus diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit kencing manis kerana ianya mampu menurunkan kadar gula dalam darah . Selain itu juga, ianya sangat bagus diamalkan oleh mereka yang ingin kurangkan berat badan kerana ianya akan meningkatkan metabolisma lemak dalam badan dengan merangsang pengeluaran jus hempedu dalam hati . Jus peria katak juga amat sesuai bagi mereka yang ingin kekal muda dan berseri .

Pengambilan Peria Katak Untuk Pesakit Kencing Manis

Jus Peria Katak Membantu Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah
Jus Peria Katak Membantu Menurunkan Kadar Glukosa Dalam Darah

Untuk kesan yang maksimum, anda boleh minum jus katak pada waktu pagi ketika perut kosong kerana ianya dapat membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah . Bagi menyedapkan lagi rasa, anda juga boleh mevariasikan campuran buahan dan sayuran lain .

Marilah kita menukar diet harian kita dengan diet secara organik untuk kesihatan kita . Kurangkan gula dalam pemakanan . Penyakit kencing manis sangatlah bahaya . Ianya boleh mengancam nyawa jika dibiarkan . Untuk kesan yang lebih optimum dalam kawalan penyakit kencing manis, anda boleh mencuba DISINI .

 

 


Untuk mendapatkan manfaat penuh dari Produk Shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari kami kerana dengan pengetahuan produk yang diperolehi dan pengalaman selama 20 tahun dengan bimbingan oleh doktor berpengalaman dan pakar nutrisi menjadikan kami berbeza berbanding Pengedar Shaklee lain .

Anda boleh mendapatkannya dengan lebih berbaloi dan diiringi consultation exclusive dari pakar nutrisi Shaklee dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee . Daftar Ahli Shaklee untuk mendaftar dan membeli Produk Shaklee pada harga ahli yang sangat menjimatkan .

Dapatkan dari Pengedar Shaklee #SuperStarzFamily bagi memastikan anda mendapatkan Produk Shaklee anda dari Pengedar Shaklee yang benar-benar terlatih secara professional .

1 thought on “RESEPI PERIA KATAK UNTUK KENCING MANIS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *